Khamis, 26 Januari 2012

Bertemu kembali

Gong Xi Fa Cai... Sudah lama beno tak berblog.. La ni baru berpeluang... Kepada kaum Cina diucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru terutama untuk kawan-kawan yang pernah sama-sama menuntut di SMJK Dindings Pundut, Lumut. Eng Kwei, Chu Yin, Poi Chin, Ken Shyang, Ai Li dan Boon Kiak.. tu cuma sekadar beberapa nama je.. di manakah kalian???.. seorang dua ni ada jugak pernah bersua tapi yang lain sukar untuk dihubungi.. dengar cerita ramai yang sudah bermastautin di luar negara... teringin nak berkumpul dengan rakan-rakan lama.. Best kann!!!..

Jumaat, 9 Disember 2011

Jangan Jemu Berpantun

Halooo semua..
Semua orang sudah tahu bahawa pantun ialah salah satu warisan khazanah budaya Melayu yang sangat bernilai dan masih kekal hingga kini. Malah pada masa ini pantun turut digemari oleh segenap lapisan masyarakat berbilang bangsa dan kaum di negara kita.

Kanak-kanak suka bertanya,
Bertanya pula kepada Cik Nyonya;
Mukmin yang paling sempurna imannya,
Mereka yang baik budi pekertinya.

Subur sungguh buah kelapa,
Daunnya lebat bertali-tali;
Ikutlah nasihat ibu dan bapa,
Bercakap bohong jangan sekali.

Pergi ke kebun menanam halia,
Halia ditanam di tepi perigi;
Orang disegani bukan yang kaya,
Tetapi orang yang berbudi tinggi.

Batang buluh dibelah dua,
Hendak membuat kayu alang;
Barang siapa suka berdusta,
Nescaya kelak dibenci orang.

Sungguh cantik cincin berlian,
Dipakai pula oleh Cik Halim;
Orang yang teguh pendirian,
Tidak gentar pada orang yang zalim.