Adik bermain kejar-kejar,
Tiba-tiba terlanggar batu;
Jika kita rajin belajar,
Tentu dapat nombor satu.
Emak membeli ikan mabong,
Turut dibeli sekilo kerang;
Jangan kita bercakap bohong,
Nanti kita dibenci orang.
Mira minum air tebu,
Minum dengan Cik Anisa;
Ingat pesan ayah dan ibu,
Supaya rajin membaca buku.
Abang saya pergi ke kedai,
Hendak membeli buah ciku;
Kalau adik hendak pandai,
Mestilah rajin baca buku.
Rabu, 28 September 2011
Selasa, 27 September 2011
Sila jawab pantun teka-teki siri 1
Cik Siti ke kedai berjalan kaki,
Hajat membeli kain di pekan;
Kalaulah sahabat bijak bestari,
Apa kah mee yang tak boleh dimakan?
Hajat membeli kain di pekan;
Kalaulah sahabat bijak bestari,
Apa kah mee yang tak boleh dimakan?
Mari Berpantun
Anak dara duduk di tangga,
Wajah berseri bersimpuh ayu;
Hormat dan sayangilah kedua orang tua,
Nescaya hidup bahagia selalu.
Wajah berseri bersimpuh ayu;
Hormat dan sayangilah kedua orang tua,
Nescaya hidup bahagia selalu.
Langgan:
Catatan (Atom)